IPT diarah buka bilik gerakan banjir

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir @ KPT bagi menyelaras operasi penyaluran bantuan kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan akibat bencana banjir.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata ekoran bencana yang berlaku, semua IPT diminta untuk membuka Bilik Gerakan Banjir di tempat masing-masing.

Beliau berkata ia bertujuan memudahkan penyaluran segera bantuan seperti makanan dan keperluan asas lain kepada pelajar dan kakitangan IPT yang terjejas.

“Pelajar dan kakitangan IPT yang menghadapi kesukaran dan memerlukan bantuan boleh menghubungi nombor telefon 03-8870 6777/6623/6949/6628 dan emel ke [email protected],” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Noraini berkata Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) yang terdiri dalam kalangan warga IPT untuk membantu dari segi pembersihan pasca banjir.

Beliau turut menitipkan nasihat dan doa kepada pelajar serta pihak pengurusan KPT serta IPT supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan pastikan berada di kawasan selamat.

“Saya juga mengambil kesempatan di sini mendoakan supaya semua warga KPT daripada ahli akademik, pengurusan IPT sehinggakan ke para pelajar selamat dari bencana ini,” katanya.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.