Hubungan PAS Kelantan dengan UMNO negeri kekal hingga PRU-15

KOTA BHARU: Tidak sampai beberapa jam UMNO Kelantan membuat keputusan tidak lagi bersama dengan PAS negeri, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan PAS masih mengekalkan hubungan dengan parti itu.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, hubungan PAS dengan UMNO Kelantan itu dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“PAS negeri masih mengekalkan hubungan dengan UMNO Kelantan sehingga PRU-15.

“Keputusan ini dibuat semasa perjumpaan dengan Biro Politik UMNO petang tadi,” katanya.

Dua keping gambar turut dimuat naik di laman Facebook berkenaan yang memaparkan mesyuarat khas antara PAS dan UMNO.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, UMNO Kelantan tidak lagi bersama dengan PAS negeri melalui Muafakat Nasional (MN) yang berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, UMNO membuat keputusan itu berikutan PAS Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi PRU-15.

“Keputusan berkenaan mencapai kata sepakat daripada ahli UMNO negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan PAS negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.