Gempa bumi landa PNG, Taiwan

BOUGAINVILLE: Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda wilayah Bougainville di Papua New Guinea sebentar tadi.

Menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), gempa bumi itu dikesan pada kedalaman 400 kilometer (km).

Sementara itu, gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Taiwan hari ini.

Gegaran dikesan di Lautan Pasifik, di luar pesisir pantai Hualien County pada jam 4.15 petang waktu tempatan, menurut Biro Cuaca Pusat.

Pusat gempa dikesan di laut, 66.5 km dari kompleks kerajaan Hualien County, pada kedalaman 55.4 km, menurut Pusat Seismologi biro berkenaan.

Kesan gegaran paling ketara dirasai di wilayah Hualien, Yilan, Nantou, dan Taitung, di mana ukuran tiga dicatat pada skala tujuh di Taiwan, diukur berdasarkan sejauh mana bangunan bergoyang.

Kesan gegaran tinggi turut dirasai di barat Taiwan termasuk Taipei, New Taipei, Taoyuan dan Taichung, menurut biro itu, namun tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima setakat ini.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.