Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pulau Jawa Indonesia, tiada risiko tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda pulau Jawa hari ini, bagaimanapun tiada risiko tsunami dilaporkan.

Menurut jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Abdul Muhari, gempa itu turut dirasai kuat di Surabaya, Tuban, Denpasar dan Semarang.

Bagaimanapun Pusat Seismologi Eropah-Mediterania meletakkan magnitud pada 6.5 dengan kedalaman 592 kilometer.

“Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini kerana gempa bumi sangat dalam.

“Saya tidak fikir akan ada (berlaku) kerosakan, tetapi kami masih memantau,” katanya.

Indonesia berada dalam lingkaran “Cincin Api” Pasifik, zon seismik yang sangat aktif, di mana plat berbeza di kerak bumi bertemu dan mencipta sejumlah besar gempa bumi dan gunung berapi.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.