‘Game still on’ – Bung Moktar
Bung Moktar ketika ditemui pemberita di Terminal 2 KKIA, hari ini. 

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, menegaskan kemelut politik susulan langkah digerakkan beliau untuk menarik balik sokongan kepada pentadbiran pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, belum bernoktah.

“Game still on (tindakan masih berterusan),” katanya mengulas dakwaan Hajiji mempunyai sokongan majoriti membabitkan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kekal memimpin sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Bung Moktar berkata, keputusan berhubung kemelut politik itu dijangka dicapai, malam esok.

Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan bertemu semua pemimpin parti politik di negeri ini, esok.

“Kita menunggu Perdana Menteri yang akan datang, esok. Beliau akan berjumpa kita, Parti Warisan (WARISAN) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS)… barulah kita akan bercakap mengenai itu.

“Keputusan akan dibuat pada malam esok,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah susulan isu berkenaan pula, Bung Moktar enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak tahu… yang saya tahu, kerajaan tidak ada (kini) sebab kerajaan ini ditubuhkan bersama-sama.

“Jadi apabila kita tarik diri, bukan berhenti, bermakna Ketua Menteri pun tidak ada,” dakwanya.

Berhubung perjumpaan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, semalam, Bung Moktar berkata, mereka membincangkan hala tuju parti dan isu pergolakan politik di Sabah.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.