FIFA fikirkan semula format Piala Dunia 2026
Ribuan peminat menyaksikan aksi separuh akhir antara Perancis dan Maghribi di layar gergasi dekat Saint-Nazaire, barat Perancis,

LONDON: Selepas menampilkan aksi paling menarik pada peringat kumpulan pernah disaksikan dalam Piala Dunia yang mengujakan jutaan peminat, FIFA kini mungkin terpaksa melupakan semuanya.

Perlawanan sengit selain kontroversi tidak diingini mungkin dilupakan apabila mereka cuba memasukkan 48 pasukan dalam edisi 2026 di Amerika Utara.

Ia bermakna badan induk bola sepak dunia itu akan memikirkan semula format untuk Piala Dunia akan datang selepas perancangan asal mereka bagi membolehkan 16 kumpulan membabitkan tiga pasukan pada fasa pertama.

Dua daripada setiap kumpulan mara ke peringiat seterusnya yang jelas tampak membosankan selain memungkinkan tindakan tidak bersifat kesukanan.

Ketika ini bagi perancangan 2026, apabila Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia, ada ada risiko perlawanan ‘mati’ contohnya jika aksi terakhir kumpulan antara dua pasukan yang sudah menang satu perlawanan serta sudah layak.

Format untuk 2026 menyaksikan 48 pasukan dikurangkan kepada 32 selepas peringkat kumpulan dan kemudian akan berlangsung pusingan kalah mati.

Format lain kini sedang dikaji dengan Majlis FIFA akan bermesyuarat bagi menentukannya tahun depan.

Menurut Ketua Pembangunana Bola Sepak Global FIFA, Arsene Wenger, antara perancangan awal ialah 12 kumpulan membabitkan empat pasukan dalam setiap satu dengan pasukan ketiga terbaik akan mara.

Pilihan lain pula ialah memisahkan kepada dua bahagian mengandungi 24 pasukan dengan setiap enam kumpulan memiliki empat pasukan.

Pemenang setiap bahagian akan ke final.

Selepas melihat bagaimana menarik dan dramatik aksi kumpulan membabitkan empat pasukan di Qatar, ia mungkin akan menjadi antara pilihan utama.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.