Dua jam pujuk lelaki turun bumbung IPD
SUNGAI PETANI: Anggota bomba berjaya memujuk seorang lelaki yang dilihat berada di atas bumbung Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berseluar jeans pendek dan berbaju merah itu dilihat oleh orang ramai di bumbung bangunan lima tingkat berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.01 petang sebelum bergegas ke lokasi.
Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 40-an berada di atas bumbung.
“Anggota bomba bergegas naik menggunakan tali keselamatan dan berjaya memujuk lelaki terbabit selepas hampir dua jam.
“Lelaki berkenaan dibawa turun jam 6.35 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sponsored by Egroup88