Dr Zulkifli kongsi panduan pilih calon terbaik dalam PRN

ESOK merupakan tarikh penting bagi enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan yang bakal membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Persaingan yang agak sengit dalam PRN kali ini telah menyebabkan ramai individu yang masih keliru untuk memilih siapa calon yang tepat dan sesuai untuk menjadi wakil mereka.

Oleh sebab itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi panduan umum bagaimana mahu memilih calon.

Pertama sekali, beliau mengatakan pengundi perlu mengundi calon yang memiliki sifat sabar dan berpegang pada prinsip.

Perkara ini telah dinyatakan dalam Surah as-Sajdah, ayat 24.

”Dan KAMI jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama KAMI , selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan KAMI .”

PILIHAN RAYA NEGERI 2023. 

Selain itu, pengundi perlu memilih calon yang kompeten, faham tugas, dan berintegriti. Terdapat dua petikan ayat al-Quran berkenaan perkara ini.

”Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kompeten, lagi berintegriti”. (Surah al Qasas ayat 26)

”Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan, lagi mengetahui cara mentadbirkannya” (Surah Yusuf ayat 55)

“Dalam dunia politik moden, sudah pasti sukar mencari “Musa” dan “Yusuf” sebegini. Ada pemimpin yang berpengalaman dan ada kepakaran tetapi memiliki integeriti yang lemah.

“Manakala, ada juga pemimpin yang mempunyai tahap integriti yang tinggi tetapi lemah dari sudut kemampuan dan kelayakannya untuk memegang sesuatu portfolio.

BEKAS Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan pengundi mengundi calon yang mampu menjaga agama dan prihatin kepada rakyat bawahan.

“Buat masa sekarang, saya berpandangan setiap parti dan jajaran ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka, pilihlah calon daripada parti yang mampu membentuk koalisi yang mantap dan paling kurang mudaratnya,” jelasnya.

Seterusnya, bekas Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan pengundi mengundi calon yang mampu menjaga agama dan prihatin kepada rakyat bawahan.

laitu mereka (umat Islam) yang jika KAMI berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi ALLAH jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj ayat 41)

Tambahnya, pengundi juga perlu memilih calon yang tidak dikenali sebagai penipu.

‘‘Dari Ma’qil bin Yasar, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa diberi tanggungjawab oleh ALLAH untuk memimpin rakyatnya lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya ALLAH mengharamkan syurga atasnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.