De Bruyne benam Chelsea
MANCHESTER: Jaringan menakjubkan Kevin de Bruyne pada babak kedua membolehkan pendahulu, Manchester City meraih kemenangan penting 1-0 di Stadium Etihad, sebentar tadi.
De Bruyne menjaringkan gol lencong pada minit ke-70 untuk menewaskan Kepa Arrizabalaga sekali gus membolehkan City menghimpun 56 mata daripada 22 perlawanan sekali gus 13 mata mengatasi skuad bimbingan Thomas Tuchel itu.
Kemenangan itu amat penting dalam mengukuhkan cengkaman mereka untuk mempertahankan kejuaraan dengan Liverpool yang akan menentang Brentford esok pula ketinggalan 14 mata tetapi mempunyai dua perlawanan di tangan.
Kepa sebelum itu menafikan percubaan Jack Grealish untuk gol pembukaan tuan rumah pada babak pertama.
Peluang terbaik Chelsea pula hadir menerusi Romelu Lukaku namun diselamatkan Ederson.