Cuaca panas landa beberapa negara di Eropah

BILBAO: Kebiasaannya, Bilbao yang terletak di barat laut Sepanyol menjadi tumpuan orang ramai pada April bagi mengelak hujan, namun suhu panas melebihi paras normal melanda kawasan pantai meresahkan pengunjung.

Ia selepas suhu di kawasan itu direkodkan meningkat 10 darjah Celsius sehingga mencecah 29 darjah Celsius.

Keadaan itu menyaksikan orang ramai sanggup menukar payung dengan ais krim apabila ada kawasan yang merekodkan suhu mencecah 21 darjah Celsius dan ada kawasan diramal menjangkau 27 darjah Celsius hari ini, kata agensi ramalan cuaca.

“Suhu, kedua-dua lokasi pada Sabtu dan Ahad akan berada antara lima dan 10 darjah Celsius lebih tinggi daripada kebiasaan.

“Di kebanyakan negara merekodkan antara 10 dan 15 darjah Celsius di sepertiga kawasan di utara semenanjung serta Kepulauan Canary,” kata AEMET di platform X.

Suhu yang lebih kerap dialami pada bulan musim panas direkodkan pada April, kata agensi berkenaan.

Di Portugal, suhu direkodkan lebih tinggi daripada kebiasaan pada tahun ini, menurut agensi cuaca IPMA semalam.

Di kawasan tengah Santarem, suhu dijangka mencecah 31 darjah Celsius.

Bagaimanapun, menjelang minggu depan, suhu di kebanyakan kawasan sekitar Sepanyol diramal akan turun semula, terutama di utara negara itu.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.