Bursa Malaysia jatuh hampir 11 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran serantau selepas penyusutan semalaman Wall Street berikutan kebimbangan berlakunya krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS) kembali ketara, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.94 mata atau 0.77 peratus kepada 1,414.25 daripada paras 1,425.19 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 3.22 mata pada 1,421.97 dan bergerak dalam jajaran 1,412.75 hingga 1,422.48 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 473 berbanding 349 manakala 414 kaunter lain tidak berubah; 1,058 tidak diniagakan dan 25 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.55 bilion unit bernilai RM1.54 bilion daripada 2.56 bilion unit bernilai RM1.54 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata lebih memburukkan lagi keadaan adalah laporan pada Selasa yang menunjukkan keyakinan pengguna AS susut mendadak pada April berbanding jangkaan serta mencecah paras terendah sejak Julai lalu.

“Selain itu, kalangan pelabur menjangkakan pihak Rizab Persekutuan AS akan bertindak menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali lagi pada minggu depan sebelum berhenti untuk seketika.

“Di peringkat domestik, kami percaya aktiviti jualan saham hari ini akan menyuntik kegiatan memburu saham berharga rendah. Namun, kami menasihatkan pelabur untuk terus berwaspada berikutan ketidaktentuan ketara di peringkat global,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, beliau berkata, Rakuten Trade mengunjurkan FBM KLCI dalam jajaran 1,410 hingga 1,430 bagi tempoh berbaki minggu ini dengan sokongan segera pada 1,400 dan rintangan pada 1,440.

Dalam kalangan 30 kaunter paling cergas, hanya dua saham meningkat iaitu Petronas Dagangan yang naik 26 sen kepada RM22.40 selain Telekom Malaysia yang untung tiga sen kepada RM4.97.

Lima saham wajaran tinggi lain tidak berubah manakala 23 lain susut.

Maybank dan Public Bank masing-masing turun empat sen kepada RM8.61 dan RM3.89 dan Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM7.15.

CIMB dan Tenaga berkurangan 11 sen masing-masing kepada RM5.05 dan RM8.82 manakala CelcomDigi susut satu sen kepada RM4.40.

Saham aktif menyaksikan Star Media naik 10.5 sen kepada 61.5 sen, Computer Forms menokok setengah sen kepada 27 sen dan Fitters Diversified serta Vinvest masing-masing kekal pada lima sen dan 20 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas merosot 71.02 mata kepada 10,392.08, Indeks FBMT 100 berkurangan 71.77 mata kepada 10,077.68 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 55.76 mata kepada 10,750.77.

Indeks FBM ACE meningkat 31.02 mata kepada 5,350.66 dan Indeks FBM 70 susut 70.89 mata kepada 13,558.72.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.48 mata kepada 171.48; Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 131.80 mata kepada 15,492.04 dan Indeks Perladangan menguncup 44.15 mata kepada 6,884.46.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.73 bilion unit bernilai RM1.43 bilion daripada 1.72 bilion unit bernilai RM1.30 bilion, sebelum ini.

Waran merosot kepada kepada 301.54 juta unit bernilai RM56.14 juta berbanding 330.86 juta unit bernilai RM46.15 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 517.42 juta saham bernilai RM170.95 juta berbanding 517.91 juta saham bernilai RM197.01 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 215.20 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (456.02 juta); pembinaan (87.77 juta); teknologi (219.70 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (63.91 juta); hartanah (206.91 juta); perladangan (28.92 juta); REIT (59.96 juta), dana ditutup (sifar); tenaga (82.65 juta); penjagaan kesihatan (99.39 juta); telekomunikasi dan media (173.79 juta); pengangkutan dan logistik (23.46 juta) dan utiliti (72.75 juta).

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.