Bukan aktiviti pembuangan sisa berjadual

DUNGUN: Pejabat Tanah Dan Daerah Dungun menafikan aktiviti pembuangan sisa berjadual di atas tanah milik kerajaan negeri di Paka, hari ini.

Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang, berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati tidak wujud aktiviti terbabit sebagaimana aduan yang dimuat naik di laman Facebook terbabit.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian turut mendapati kawasan itu adalah kawasan yang diceroboh oleh kontraktor pada tahun lalu untuk mengusahakan ternakan ikan sangkar.

“Kita sudah melawat kawasan tanah kerajaan itu bersama JAS dan mendapati tidak berlaku aktiviti pembuangan sisa berjadual sebagaimana aduan di Facebook terbabit.

“Kita kenal pasti tanah itu belum diusahakan kontraktor terbabit, tetapi kita dapati tanah itu diceroboh tanpa kebenaran dan tindakan sudah diambil dengan mengeluarkan notis kepadanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata, kontraktor terbabit mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Terengganu (UPEN) untuk memajukan tanah itu dan setakat ini keputusan masih belum diluluskan.

Sebelum itu, status pembuangan sisa berjadual itu dimuat naik sebuah facebook yang turut mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang lantas mengarahkan JAS untuk melakukan siasatan.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.