Budak OKU maut digilis pembajak

JITRA: Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun maut dipercayai digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok, di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Aiman Rosli, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7.08 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki didapati mengalami kecederaan akibat digilis pembajak dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.