Buat aksi ‘wheelie’, polis datang ‘beraya’ di rumah
Tangkap layar video memaparkan aksi dua remaja menunggang motosikal secara berbahaya sebelum ditahan polis di rumah masing-masing di Fasa 5 Keda Naga Lilit dan Kampung Sungai Seluang Bawah, hari ini.

KULIM: Lagak dan aksi ‘wheelie’ serta ‘scorpion’ dipamerkan dua remaja ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila polis mereka ‘dijemput’ polis di rumah masing-masing, di sini, hari ini.

Terdahulu, aksi berbahaya dua remaja itu dikesan dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat di laman sosial seorang pemilik akaun Instagram jam 8 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain, berkata dua remaja lelaki berusia 18 dan 16 tahun itu ditahan di rumah mereka masing-masing di Fasa 5 Keda Naga Lilit dan Kampung Sungai Seluang Bawah di sini.

Katanya, hasil semakan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim melalui nombor pendaftaran motosikal berjaya menjejaki dua remaja itu.

“Hasil siasatan awal, dua remaja terbabit mengaku mereka individu sama yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya itu.

“Seorang daripadanya bekerja sebagai buruh, manakala seorang lagi pelajar di sebuah sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata, dua remaja berkenaan dibawa ke IPD Kulim dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.