Benzema tolak tawaran Presiden Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya, Brigitte tiba di Doha untuk menyaksikan aksi final Piala Dunia.

LONDON: Karim Benzema dilaporkan menolak peluang untuk hadir menyaksikan final Piala Dunia antara Perancis menentang Argentina, malam ini susulan hubungan dinginnya dengan jurulatih, Didier Deschamps.

Pemenang anugerah Ballon d’Or itu terlepas aksi di Qatar akibat masalah kecederaan dan ketiadaannya pada awalnya dijangka bakal memberi kesan tetapi tanggapan itu nyata meleset apabila The Bleus berjaya melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut.

Menurut RMC Sport, Benzema menolak tawaran Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk menyertainya dalam pesawat presiden ke Qatar bagi memberi sokongan kepada pasukan berkenaan.

Benzema yang juga penyerang Real Madrid terpaksa diketepikan sebelum kejohanan bermula selepas mengalami kecederaan paha ketika sesi latihan pertama di Doha.

Portal berita Sepanyol, Libertad Digital, awal minggu ini mendakwa Benzema tidak gembira dengan layanan Deschamps yang memutuskan untuk menghantar pemain itu pulang biarpun kecederaan dialaminya hanya memerlukan rawatan ringan.

Benzema dilaporkan hanya memerlukan rawatan selama tiga hari di pusat latihan Real Madrid sebelum dia bercuti selepas pulih sepenuhnya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.