Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
BEIJING: Individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 diwajibkan untuk mendapatkan suntikan pelalian itu sebelum memasuki tempat sesak di Beijing.
Menerusi pengumuman hari ini, ibu negara China yang pertama memperkenalkan mandat itu untuk orang awam berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.
Bermula 11 Julai ini, individu yang mahu memasuki premis seperti perpustakaan, panggung wayang dan gym perlu divaksinasi terlebih dulu, kata pegawai bandar itu dalam satu taklimat berita.
China sudah mengkehendaki pekerja berisiko tinggi seperti bekerja dalam sektor pengangkutan awam dan industri rantaian sejuk beku untuk divaksinasi.
Di Beijing sahaja, sebanyak 97.7 peratus sudah menerima vaksinasi lengkap merangkumi penduduk dewasa setakat September tahun lalu.
Pada masa sama, penduduk digesa untuk mendapatkan dos penggalak dan cuba memujuk golongan warga emas selaku kumpulan dengan kadar vaksinasi rendah berbanding belia untuk divaksinasi.
Setakat April lalu, 80.6 peratus merangkumi usia 60 tahun dan ke atas di Beijing menerima dos pertama vaksinasi.
Warga tua yang berkunjung ke tempat yang menawarkan aktiviti perlu divaksinasi secepat mungkin, kata pegawai kesihatan bandar itu, Li Ang.
Beijing dilapor merekodkan tiga kes COVID-19 tempatan setakat jam 3 petang tadi.
Semua pesakit sudah diisolasi untuk pemerhatian perubatan.
Bandar berkenaan juga memperhalusi peraturan ketatnya mengenai perjalanan domestik.
Ia kini bakal mengehadkan kemasukan individu yang mempunyai rekod mengembara di bandar yang baru-baru ini merekodkan satu jangkitan tempatan atau lebih untuk tempoh tujuh hari berbanding 14 hari.
Pada hari ini turut diumumkan, sekatan kemasukan pelancong dari kawasan domestik berhampiran sempadan antarabangsa China akan dimansuhkan.
Operasi penerbangan antarabangsa secara terus yang memasuki bandar itu akan disambung semula dengan cara teratur, namun tidak memperincikan garis masa.
Sponsored by Egroup88