Banjir di Kelantan semakin pulih, hanya 62 mangsa di PPS Pasir Mas

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 62 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 malam ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa daripada 22 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh, Pasir Mas.

Keadaan cuaca yang bertambah baik sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir semakin pulih dan tiga PPS ditutup hari ini.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.