Bahrain sambung kontrak anjur F1 sehingga 2036

MANAMA: Bahrain akan menjadi tuan rumah saingan perlumbaan Formula Satu (F1) sehingga sekurang-kurangnya pada 2036 selepas menandatangani lanjutan kontrak selama 10 tahun.

Negara itu menjadi tuan rumah F1 pertama di Timur Tengah pada 2004 dan kini menjadi salah satu daripada empat negara Teluk dengan satu grand prix.

“Sejak 2004 kami menjalani beberapa perlumbaan yang hebat di Sakhir dan kami tidak sabar untuk kembali ke sana bagi permulaan kejuaraan 2022,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali dalam satu kenyataan.

Bahrain akan membuka musim 2022 pada Mac ini dan ia menjadi tuan rumah dua perlumbaan dalam musim 2020 yang dilanda pandemik.

Perlumbaan itu mendapat kritikan berhubung rekod hak asasi manusia Bahrain dan ia pernah dibatalkan pada 2011 selepas tindakan keras terhadap protes anti kerajaan.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes pemandu paling berjaya di Litar Antarabangsa Bahrain, dengan lima kemenangan.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.