Atlet negara, Muhamad Aznil Bidin ketika acara 61kg pada temasya Sukan Komanwel di NEC Birmingham, sebentar tadi.

BIRMINGHAM: Kontinjen Malaysia meraih satu lagi emas pada temasya Sukan Komanwel 2022, di sini, sebentar tadi, apabila atlet angkat berat, Muhamad Aznil Bidin berjaya muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg).

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan yang memenangi kategori 55kg dalam saingan yang berlangsung di National Exhibition Center (NEC) Birmingham di sini.

Aznil muncul juara selepas berjaya mengumpulkan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk.

Pingat perak dimenangi wakil Papua New Guinea, Morea Baru yang menghimpunkan 273kg manakala gangsa milik atlet India, Gururaja Gururaja.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.