Ariff Bahran sudah berkahwin

KUALA LUMPUR: Dilihat mengucup dahi seorang wanita di pentas Anugerah Drama Sangat 2021 yang disiarkan secara langsung TV3, malam tadi, penyanyi Ariff Bahran mengesahkan wanita terbabit adalah isterinya.

Ariff menjelaskan dia sudah bergelar suami kepada Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 27, kira-kira tiga bulan lalu.

Ariff, 23, berkata, majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam pada 3 September lalu.

“Alhamdulillah, saya selamat bergelar suami pada 3 September lalu. Majlis pernikahan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ariff mengaku bernikah dengan Amirah Syazwani di JAIS kira-kira tiga bulan lalu. Foto IG Drama Sangat TV3
Ariff mengaku bernikah dengan Amirah Syazwani di JAIS kira-kira tiga bulan lalu. Foto IG Drama Sangat TV3

“Bukan niat merahsiakan pernikahan, cuma ketika itu, situasi tidak mengizinkan. Selepas berbincang dengan isteri dan TV3, saya ambil keputusan mengumumkannya pada malam kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021,” katanya kepada BH Online.

Mengaku bahagia dengan kehidupan sekarang, penyanyi yang popular menerusi lagu Kata Akhirmu ini merancang menganjurkan majlis resepsi, tahun depan.

“Kami merancang mengadakan majlis resepsi. Namun, disebabkan saya terbabit dengan penggambaran hingga Mac depan, kami belum dapat memutuskan tarikh sesuai,” katanya.

Terdahulu, ketika mendendangkan lagu Bicara Rasa bersama rakan duet, Sarah Suhairi, seorang wanita mengenakan gaun pengantin tampil di pentas lalu disambut Ariff.

Ariff kemudian dilihat menyarung cincin di jari manis wanita terbabit dan mengucap dahinya.

Selepas persembahan itu, pengacara Ain Edruce mengumumkan Ariff sudah bernikah dan wanita terbabit adalah isteri penyanyi itu.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.