Al-Ahli ikat Mahrez sehingga tahun 2027

LONDON: Pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ahli dari Manchester City untuk kontrak sehingga tahun 2027.

Nilai perpindahan tidak didedahkan tetapi media British melaporkan juara Eropah itu menerima tawaran 35 juta euro (RM175.59 juta).

“Ia satu penghargaan dapat bermain untuk Manchester City. Saya datang ke City untuk memenangi trofi dan menikmati permainan bola sepak, saya berjaya mencapainya dan banyak lagi.

“Saya mengharungi tahun-tahun indah dengan kelab bola sepak ini, bekerja dengan pemain-pemain hebat, penyokong yang luar biasa, serta pengendali terbaik di dunia.

“Manchester City akan sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya,” kata Mahrez.

Mahrez meledak 78 gol dan melakukan 59 umpanan gol dalam 236 penampilan untuk City, memenangi 11 trofi, termasuk lima gelaran liga selepas berpindah dari Leicester pada tahun 2018.

Peranan pemain 32 tahun itu untuk skuad kendalian Pep Guardiola semakin kecil musim lalu, meledak 15 gol dalam 47 perlawanan, tetapi terlepas aksi final Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah yang memberikan kejuaraan treble buat City.

Tahun lalu dia memperbaharui kontraknya di Etihad sehingga tahun 2025.

Mahrez akan bergandingan dengan penjaga gol Senegal, Edouard Mendy yang menyertai Liga Pro Saudi dari Chelsea bulan lalu.

City juga mungkin akan melepaskan pemain tengah Portugal, Bernardo Silva yang dikaitkan dengan Al-Hilal.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.