Ahli UMNO digantung senasib dengan dipecat – Shahril
SHAH ALAM – Status pemimpin UMNO yang digantung digambarkan senasib dengan mereka yang dipecat apabila tiada sebarang garis panduan yang ditetapkan.
Perkara itu didedahkan menerusi program Keluar Sekejap kelolaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan disiarkan pada Jumaat.
Menerusi episod yang pertama kali dirakam di hadapan penonton itu, Khairy bertanya kepada Shahril sama ada mereka yang digantung UMNO diberikan sebarang syarat apa yang boleh atau tidak dibenarkan untuk dibuat.
Shahril bagaimanapun berkata, ia tidak ada sama sekali.
“Tak ada (garis panduan)… macam gantung habis macam tu je..samalah (seperti dipecat),” katanya.
Khairy kemudian membalas;
“Tak sama,” katanya sambil tersenyum.
Pada awalnya Khairy bertanya kepada Shahril sama ada menerima sebarang jemputan bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung memandangkan status Shahril sebagai ahli yang hanya digantung berbanding dirinya yang sudah dipecat.
Shahril berkata, tiada sebarang jemputan rasmi melainkan apa dilapor media.
“Hanya seperti yang dibaca, datang beli sampin baharu… tapi jemputan atau whatsApp tak ada,” katanya.
Sponsored by Egroup88