Aguero dijangka umum persaraan pada Rabu

BARCELONA: Penyerang Barcelona, Sergio Aguero akan membuat pengumuman mengenai masa depannya pada Rabu, susulan masalah jantung dan kesukaran bernafas dialaminya ketika beraksi dalam saingan La Liga, pada Oktober lalu.

Aguero akan disertai presiden kelab Joan Laporta pada sidang media itu dengan media tempatan berkata dia dijangka mengumumkan persaraannya.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai Barca dari Manchester City pada Julai lalu selepas membantu Argentina memenangi Copa America.

Sebelum berhijrah, dia dijangkiti COVID-19 dan pada 30 Oktober dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan ketika pasukannya seri dengan Alaves dalam saingan liga.

“Ia kelihatan jelas penyerang Argentina itu akan mengumumkan persaraannya selepas mengalami masalah jantung,” tulis Mundo Deportivo pada Selasa.

Kelab itu berkata selepas menjalani ujian jantung pada bulan November bahawa Aguero tidak bersedia beraksi untuk tiga bulan akan datang dengan keberkesanan dari rawatan sedang dinilai.

Ketika itu Aguero berkata dia kekal positif.

“Ada khabar angin yang tersebar tetapi saya mengikut pendapat doktor kelab dan kita akan lihat bagaimana keadaan saya dalam 90 hari,” tulisnya di Twitter.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.