‘Ada penjawat awam masih terima, minta rasuah’ – PM
Anwar menyampaikan amanat tahun baharu semasa menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra pada Sabtu.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa masih terdapat kelompok kecil dalam penjawat awam yang mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.

Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan.

“Sebulan berlalu sejak saya mengambil pimpinan di negara ini. Ada perubahan tetapi saya beritahu rakan menteri tadi, ada bidang penguatkuasaan kelompok kecil yang masih cuai.

“Dan meneruskan adegan lama mengutip habuan, menetapkan kos tambahan, menentukan ada hadiah hadiah besar.

“Saya mohon bicara di masjid malam ini kerjasama sepenuhnya kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah merobohkan dan rosakkan negara kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan dalam majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.