Ada 62 lagi kes varian Delta

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 62 kes COVID-19 varian membimbangkan (VOC) Delta yang dilaporkan antara 25 hingga 28 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah yang dinyatakan itu, sejumlah 46 kes dikesan oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Institut MARA (UiTM).

“Selain itu. 15 kes dikesan oleh Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC, UM), manakala Institute for Medical Research (IMR) pula mengesan satu kes.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,118 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, varian Delta itu paling banyak dikesan di Pulai Pinang iaitu membabitkan 40 kes, diikuti Kuala Lumpur (tujuh), masing-masing lima di Pahang dan Perak, Kelantan dengan tiga kes serta masing-masing satu di Kedah dan Selangor.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah yang dikesan itu menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 7,098 kes membabitkan VOC dengan 20 kes ialah VOI.

“Sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 6,250 kes varian Delta, Omicron (601), Beta (233) dan Alpha (14).

“Bagi kes yang mempunyai VOI, terdapat 13 kes Theta, Kappa (empat) dan Eta (tiga),” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.