Aaron-Wooi Yik tak berpeluh

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak perlu bermandi peluh ketika mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Jepun.

Pasangan itu hanya beraksi di gelanggang selama 11 minit sebelum lawan mereka dari India, M R Arjun-Dhruv Kapila menarik diri di set pertama pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Yoyogi di Tokyo, hari ini.

Ketika itu Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan keempat kejohanan mendahului lawan mereka 15-5.

Difahamkan, pasangan India berkenaan menarik diri susulan kecederaan belakang dialami Arjun.

Kemenangan percuma itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan bekas juara Seluruh England dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama selepas tewas di tangan wakil Singapura, Yeo Jia Min 16-21, 21-18, 17-21.

Beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mengalami nasib sama apabila tewas di tangan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-14, 15-21, 10-21.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.