73 pelajar asrama SMK Sandakan dijangkiti COVID-19

KOTA KINABALU: Seramai 73 pelajar asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan dijangkiti COVID-19 sehingga mencetuskan satu lagi kluster, Kluster Jalan Pertukangan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster yang berkaitan institusi pendidikan itu dikesan di mukim Pantai Elopura membabitkan daerah Sandakan.

“Kes indeks adalah pelajar lelaki berusia 16 tahun yang bergejala demam, batuk dan selsema sejak 16 Januari didapati positif COVID-19 pada hari sama.

“Kes indeks dikuarantin dan diberi rawatan selanjutnya. Saringan terhadap 117 pelajar mengesan 72 lagi kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 73 kes.

“Semua kes positif adalah dalam kategori ringan iaitu kategori satu dan dua serta telah dikuarantin dan diberikan rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Masidi berkata kluster terbabit menjadikan Sandakan sebagai daerah dengan kes harian COVID-19 tertinggi di Sabah hari ini iaitu 74 kes.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.