44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP
KUALA LUMPUR: Seramai 44 pegawai polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan, bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid kepada 12 pegawai yang dinaikkan pangkat Timbalan Penguasa Polis (DSP) dan 32 pegawai dinaikkan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP).
Allaudeen ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini berharap, pegawai akan lebih berintegriti dan berakauntabiliti dalam menjalankan tugas.
“Sebagai seorang pegawai yang menjawat pangkat lebih tinggi, mereka (pegawai) diberi tanggungjawab lebih besar, serta perlu membuat keputusan lebih sukar selain mempunyai lebih ramai pimpinan di bawah mereka.
“Pangkat ini bukan sekadar memakai paku bintang di baju, tetapi ia datang dengan tanggungjawab yang amat besar. Kita tidak mahu pegawai naik pangkat tetapi gagal memenuhi dan mencapai tugas pangkat yang disandang,” katanya.
Sponsored by Egroup88