Rangnick sudah dapat permit kerja

LONDON: Manchester United mengesahkan Ralf Rangnick mendapat permit kerja untuk memulakan tugasnya sebagai pengendali baharu pasukan itu.

Pengendali berusia 63 tahun dari Jerman itu akan diperkenalkan kepada media pada Jumaat dan akan mula mengendalikan pasukan ketika berdepan Crystal Palace, Ahad ini.

“Selepas kertas kerja dilengkapkan, kami akan mengadakan sesi sidang media secara bersemuka bersama Ralf Rangnick di Old Trafford, 9 pagi esok,” kata United dalam satu kenyataan.

United mengesahkan pelantikan Rangnick sebagai pengganti jangka masa pendek Ole Gunnar Solskjaer, Isnin lalu.

Namun Rangnick yang sebelum ini memegang jawatan sebagai pengurus sukan dan pembangunan di Lokomotiv Moscow perlu menunggu permit kerjanya sebelum bertugas di Old Trafford.

Pengendali sementara, Michael Carrick akan terus menguruskan pasukan buat kali ketiga untuk aksi berdepan Old Trafford selepas sudahpun menguruskan pasukan ketika bertemu Villareal dan Chelsea.

Rangnick akan kekal sebagai pengurus United sehingga penghujung musim sebelum memegang peranan sebagai penasihat United untuk dua tahun.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.