Tiga kanak-kanak lemas, 19 pendatang diselamatkan bot karam di Greece
ATHENS: Greece menemui tiga mayat kanak-kanak bawah umur dan menyelamatkan 19 pendatang selepas bot mereka melanggar batu di Pulau Chios di Laut Aegean, dekat Turkiye, kata pengawal pantai hari ini.
Greece menjadi pintu masuk dan laluan pilihan utama digunakan ke Kesatuan Eropah untuk pendatang dan pelarian dari Asia Barat, Afrika dan Asia sejak 2015 dengan hampir satu juta orang mendarat di pulau, di sini.
Jumlah kedatangan pendatang menurun dengan ketara sebelum ini dan meningkat semula tahun lalu kepada 41,561 ketibaan melalui jalan laut.
Seramai 10,163 pendatang sampai ke Greece melalui jalan laut, setakat tahun ini.
Sponsored by Egroup88