Dua warga Singapura hilang selepas gempa Taiwan

SINGAPURA: Dua warga Singapura dilaporkan hilang susulan gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda Taiwan pada Rabu, lapor media tempatan.

The Straits Times melaporkan Kementerian Luar Negeri (MFA), dalam satu kenyataan, berkata Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara itu.

MFA berkata, pegawai telah berhubung dengan waris dan memberikan bantuan konsular dan memantau keadaan dengan teliti.

Sementara itu, dua daripada lapan warga Singapura yang telah diselamatkan sebelum ini oleh pihak berkuasa Taiwan mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan bantuan yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor akhbar itu.

MFA juga memanjangkan perkhidmatan konsular kepada mereka.

Menurut Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan setakat jam 3 petang hari ini, masih terdapat 13 orang yang tidak dapat dikesan, termasuk dua warga Singapura itu.

Gempa bumi setakat ini telah mengakibatkan 12 kematian dan lebih 1,000 cedera.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.