Messi, Beckham undang kemarahan penyokong di Hong Kong

HONG KONG: Lionel Messi dan David Beckham diejek selepas bintang Argentina itu hanya berada di bangku simpanan ketika aksi persahabatan pra musim Inter Miami, di sini.

Kapten juara Piala Dunia itu yang mengalami kecederaan hamstring, kekal ‘memanaskan’ bangku simpanan di sepanjang perlawanan yang menyaksikan pasukan mencatat kemenangan 4-1 ke atas pasukan pilihan Hong Kong.

Situasi berkenaan mencetuskan kemarahan penonton yang berkapasiti hampir 38,323 dan membayar AS$125 (RM589.69) untuk menyaksikan aksi ‘hero’ mereka.

Di pertengahan babak kedua, sorakan ‘kami mahukan Messi’ daripada penyokong yang tidak berpuas hati terus bergema di Stadium Hong Kong.

Bintang Inter Miami, Lionel Messi hanya berada di bangku simpanan. Foto: REUTERS
Bintang Inter Miami, Lionel Messi hanya berada di bangku simpanan.

Ejekan terus bertambah kuat ketika baki 10 minit terakhir apabila ia semakin jelas yang pemenang lapan kali Ballon d’Or itu tidak akan turun beraksi.

Malah, ejekan dan cemuhan terus bergema apabila bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez juga gagal diturunkan kerana mengalami kecederaan lutut.

Pemilik bersama Miami, beckham turut terpalit dengan ejekan penyokong ketika dia cuba berterima kasih kepada penyokong yang memberikan sokongan luar biasa.

Penyokong begitupun menunjukkan reaksi berbeza dengan isyarat ibu jari ke bawah.

“Kami memahami kekecewaan penyokong kerana ketiadaan Leo (Messi) dan Luis Suarez,” kata jurulatih Miami, Gerardo Martino yang menjelaskan pasukan perubatan kelab memutuskan keputusan berkenaan selepas melakukan penilaian, awal pagi ini.

“Kami memahami ramai penyokong sangat kecewa dan kami memohon maaf kepada mereka.

“Kami seboleh-bolehnya mahu memasukkan Leo dan Luis paling tidak untuk seketika tetapi risikonya terlalu besar.”

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.