Ribut petir dijangka berlaku di 4 negeri hingga 11 malam esok
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku beberapa kawasan di empat negeri hingga jam 11 malam esok.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan terbabit termasuk Kuala Selangor dan Hulu Langat (Selangor), Jelebu (Negeri Sembilan) dan Mersing (Johor).
Keadaan serupa dijangka berlaku di Sarawak meliputi Kuching, Serian dan Samarahan bagi tempoh sama.
Sponsored by Egroup88