Australia belasah Indonesia

DOHA: Juara 2015, Australia tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Piala Asia 2023 selepas membelasah Indonesia 4-0 pada aksi di Stadium Jassim bin Hamad, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Shin Tae Yong yang dibarisi pemain muda jelas bukanlah tandingan Australia yang kini menghuni ranking ke-25 dunia itu yang menyaksikan mereka meledak dua gol pada setiap babak.

Pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar dan pemain Australia, Aziz Behich berentap dalam perlawanan pusingan pasukan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad hari ini. - Bernama
Pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar dan pemain Australia, Aziz Behich berentap dalam perlawanan pusingan pasukan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad hari ini.

Anak buah Graham Arnold hanya memerlukan 12 minit untuk mendahului menerusi jaringan sendiri Elkan Baggott sebelum Martin Boyle meledak gol kedua di penghujung babak pertama.

Penyerang Australia, Craig Goodwin (kanan) meraikan jaringannya. - AFP
Penyerang Australia, Craig Goodwin (kanan) meraikan jaringannya.

Australia jelas menguasai permainan dengan Indonesia hanya memiliki satu percubaan tepat ke arah gawang Australia sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Selepas berjaya bertahan sehingga perlawanan memasuki minit ke-88, ‘mimpi ngeri’ Indonesia bermula ketika perlawanan memasuki penghujungnya.

Reaksi pemain Indonesia selepas tewas kepada Australia.
Reaksi pemain Indonesia selepas tewas kepada Australia.

Australia meledak dua gol pantas menerusi penyudah Craig Goodwin pada minit ke-89 dan Harry Souttar (m90+1) untuk melengkapkan kemenangan bergaya ‘Socceroos’.

Menanti Australia di suku akhir adalah pemenang antara Arab Saudi dan Korea Selatan dengan aksi terbabit akan berlangsung di Stadium Al Janoub, tengah malam ini.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.