494 kes tipu penyamaran di media sosial sepanjang 20 hari lalu
KUALA LUMPUR: Sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan penipuan penyamaran sebagai kenalan di media sosial dengan kerugian RM238,732 bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan modus operandi digunakan sindiket penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram.
“Berdasarkan siasatan, sindiket itu didapati mengodam akaun media sosial milik mangsa dan menghubungi rakan mereka (mangsa) untuk meminjam wang.
“Pemilik akaun media sosial berkenaan hanya menyedari akaun mereka digodam apabila ia tidak dapat diakses atau menerima panggilan daripada kenalan yang bertanyakan mengenai kesahihan pinjaman wang itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan sebarang pertanyaan kepada CCID (JSJK) Infoline di talian 013-2111222,” katanya.
Sponsored by Egroup88