China tingkatkan hubungan dengan Myanmar mengenai kestabilan sempadan, penipuan telefon
SHANGHAI: Pemimpin tertinggi China mengadakan perbincangan dengan Myanmar kerana bimbang ancaman keselamatan di sempadan dan penipuan telekomunikasi, di tengah-tengah desakan pemberontak supaya Beijing turut menentang junta.
Naib Menteri Luar China, Sun Weidong melawat Myanmar bermula Khamis hingga hari ini, untuk bertemu pemimpin junta, Min Aung Hlaing, bagi membincang hal termasuk isu kestabilan sempadan dan tindakan keras boleh diambil terhadap penipuan itu.
Selain itu, Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong, juga mengadakan panggilan video dengan Menteri Dalam Negeri Myanmar, Lefternan Jeneral Yar Pyae semalam.
China yang didakwa sekutu utama junta turut mempunyai hubungan rapat dengan beberapa militia etnik China di sepanjang sempadan negara itu, dikatakan kecewa dengan tindakan junta menutup pusat penipuan yang menyasarkan warga China, beberapa bulan lalu.
Ketika ini, pakatan pemberontak Myanmar dikatakan menguasai bandar utama di sepanjang sempadan utara negara itu, yang berada dalam situasi tidak menentu dengan China.
Ia selepas pertempuran sengit berminggu-minggu dengan tentera junta.
China yang menjadi perantara dialog antara pakatan pemberontak dan junta menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan.
Sponsored by Egroup88