Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun Terbuka Malaysia

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM,) Rexy Mainaky berharap pemain badminton negara mampu menamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung 9-14 Januari di Axiata Arena di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.

“Siapa pun jangkaan juara, kita sebagai tuan rumah mesti nak menang, tapi kita juga perlu realistik dengan pesaing lain, tetapi zaman sekarang ini semua pemain tidak stabil, siapa kalah hari ini esok boleh menang.

“Kita mengharapkan seperti Ng Tze Yong, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan semua pemain dengan pengalaman musim 2023, saya mahu mereka tampil prestasi lebih menyerlah sebagai tuan rumah,” katanya pada sidang media pasukan kebangsaan menjelang Terbuka Malaysia 2024 pada Jumaat.

Kali terakhir pemain negara mengungguli Terbuka Malaysia adalah pada 2013 menerusi legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang mengenepikan pemain Jepun Kento Momota 21-17, 23-21.

Chong Wei juga pernah mendominasi Terbuka Malaysia pada edisi 2004-2006 dan 2008-2014. 

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.