Bayi lelaki 7kg dilahirkan di Chile
CHILE: Sebuah keluarga warga Chile menyambut kelahiran bayi lelaki seberat 7.105 kilogram (kg), pada Khamis lalu.
Bayi itu dilahirkan di sebuah hospital di Curanilahue, Khamis lalu, namun terpaksa dipindahkan ke hospital di Concepcion kerana komplikasi kesihatan.
Menurut pakar obstetrik Marcia Venegas, bayi itu mungkin yang terbesar pernah didaftarkan di Chile, mengatasi seorang lagi bayi baru lahir yang mempunyai berat lebih daripada 6kg.
Amat jarang berlaku kelahiran dan berat bayi yang baru lahir melebihi 7kg. Malah, ia tidak pernah berlaku di Chile.
Bayi baru lahir paling berat pernah direkodkan adalah 6.7kg.
“Bayi yang makrosomik mungkin berisiko tinggi mengalami hipoglikemia, iaitu gula darah rendah; jaundis, yang meningkatkan bilirubin dalam darah; dan polycythemia (peningkatan jumlah sel darah merah),” katanya.
Ibunya masih dirawat di hospital di Curanilahue dan sedang menunggu untuk disatukan dengan bayi.
Menurut kenyataan hospital, walaupun keadaan bayi itu serius, dia dilaporkan stabil dan dalam pemerhatian di unit rawatan rapi kanak-kanak.
Bapa bayi, Luis Contreras berkata, beliau sedih, penuh dengan emosi kerana tidak menyangka bayinya akan berada dalam situasi yang begitu kompleks.
Sponsored by Egroup88