“Jangan kecam… saya pun tidak mahu ini terjadi” – cebisan nota sebelah mayat bayi

Kota Kinabalu: Mayat bayi perempuan dibalut dengan tuala ditemui dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli-belah di daerah ini, semalam.

Lebih menyayat hati, cebisan nota turut ditemukan bersama mayat terbabit tertera mesej dipercayai ditulis ibu atau bapa bayi malang itu.

“Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya. Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi,” demikian mesej pada nota itu.

Difahamkan mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui penyelia syarikat pembersihan ketika hendak menukar plastik tong sanitasi kira-kira jam 9.40 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, mengesahkan penemuan mayat bayi bersama nota terbabit.

“Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian, selain melakukan risikan maklumat untuk mengenal pasti suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.