Final Piala Malaysia: TMJ tinjau kualiti padang Stadium Nasional
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Baginda yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), hadir ketika sesi latihan rasmi skuad Harimau Selatan menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC (TFC) pada 9 malam, esok.
Dalam lawatan kira-kira 20 minit itu, TMJ turut dilihat mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi selepas kualiti padang itu sekali lagi menjadi persoalan.
Isnin lepas, permukaan padang Stadium Nasional sekali lagi tular dan menjadi perhatian selepas Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu yang kelihatan sedikit terjejas menerusi laman media sosial milik baginda.
Sponsored by Egroup88