China dakwa Filipina guna ‘tentera asing’ kawal Laut China Selatan

BEIJING: Kerajaan Filipina menggunakan ‘tentera asing’ untuk melakukan rondaan di Laut China Selatan dan mencetuskan masalah sejak Selasa, kata komander teater selatan tentera China hari ini, yang jelas merujuk kepada Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu katanya, tenteranya akan mengekalkan kewaspadaan yang tinggi, tegas mempertahankan kedaulatan negara dan hak dan kepentingan maritim serta tegas menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Sementara itu, pegawai Filipina berkata, tenteranya dan AS melancarkan rondaan bersama pada Selasa di perairan berhampiran Taiwan, sebuah pulau yang ditadbir secara demokrasi yang didakwa China sebagai sebahagiannya miliknya, sekali gus meningkatkan lagi kemungkinan ketegangan dengan China.

“China sebelum ini menjelaskan kedudukannya kepada Filipina dan AS bahawa rondaan bersama Filipina-AS tidak boleh menjejaskan kedaulatan wilayah China serta hak dan kepentingan maritim,” kata Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, semalam.

Sehingga kini Kementerian Luar Filipina dan Pejabat Penasihat keselamatan negara tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

Hubungan antara China dan Filipina berhubung Laut China Selatan semakin teruk di bawah pentadbiran Presidennya Filipina sekarang, Ferdinand Marcos Jr apabila Manila kian menjalinkan hubungan lebih erat dengan AS yang menyokong negara Asia Tenggara itu dalam pertikaian maritimnya dengan China.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.