‘PAS, sila cermin diri sendiri’

KUALA LUMPUR: PAS harus mencermin diri sendiri kerana melabelkan pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menerima pelbagai ancaman berikutan pendirian teguhnya dalam perjuangan rakyat Palestin, sebagai kenyataan penggempar.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, selaku sebuah parti, PAS boleh dikatakan sebagai ‘penggempar’, terutamanya menjelang pilihan raya negeri.

“Anda tahu, PAS selaku sebuah parti juga ada membuat kenyataan yang diperbesar-besarkan. Kami menyaksikan sejak beberapa bulan terutamanya ketika pilihan raya negeri, bagaimana PAS mendakwa mengundi parti tertentu akan mengakibatkan huru-hara di seluruh negara.

“Itu tidak berlaku, jadi saya fikir beliau (Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan) patut meletakkan cermin dekat mukanya dan melihat betul-betul kepada dirinya dan partinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan PAS memetik Takiyuddin sebagai berkata, pendedahan Anwar adalah kenyataan seorang penggempar yang pelik dan melucukan.

Selasa lalu, Anwar mendedahkan menerima pelbagai ‘ancaman’ dari negara Barat berikutan pendirian tegas Malaysia yang menyokong dan komited mempertahankan hak rakyat Palestin, selain kritikan yang dilontar terhadap kerajaan Israel.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.