PM Anwar akhiri lawatan sehari di Nanning

NANNING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja sehari yang padat di sini, hari ini, di mana beliau menyifatkan lawatan itu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada, antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri berkata, lawatan itu, adalah langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah.

Menerusi program dalam tempoh 14 jam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri majlis perasmian pembukaan China-ASEAN Expo (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama-sama dengan Premier China, Li Qiang dan pemimpin tertinggi negara anggota ASEAN.

Beliau juga menyampaikan ucaptama semasa majlis pembukaan CAEXPO Ke-20, serta merasmikan pembukaan astaka pameran ‘Malaysian Pavillion’ dan memperkenalkan buah nangka dari Malaysia, kepada peserta CAEXPO dan bagi pasaran China.

Anwar telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li, dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Li, bagi meraikan kehadiran beliau ke CAEXPO kali ini.

“Sebelum ini, adalah dicadangkan Setiausaha Parti Wilayah Guangxi TYT Liu Ning yang akan mengehoskan saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri CAEXPO ke-20.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.