Hammers di petak depan dapatkan Maguire, Ward-Prowse

LONDON: Pasukan Liga Perdana, West Ham bersetuju secara asas bagi menandatangani pemain antarabangsa England, Harry Maguire dan James Ward-Prowse, menurut media British.

Persatuan Wartawan UK berkata hari ini bahawa pertahanan Manchester United, Maguire, 30, dan pemain tengah Southampton, Ward-Prowse, 28, sudah bersetuju dengan syarat peribadi bersama juara Liga Conference Europa tahun lalu itu.

Bagaimanapun Maguire, masih berbincang dengan United mengenai pemergiannya dari Old Trafford namun perpindahan dengan bayaran kira-kira £30 juta (RM174.69 juta) dijangka akan dapat dilengkapkan.

West Ham yang akan bersaing dalam Liga Europa musim ini juga dikatakan hampir mengumumkan pembelian bernilai £35 juta (RM203.81 juta) membabitkan pemain tengah Mexico, Edson Alvarez dari Ajax.

Pemain berusia 25 tahun itu sudah lulus ujian perubatan tetapi kertas kerja mengenai perpindahannya dari gergasi Belanda itu masih belum dimuktamadkan.

Alvarez boleh mengisi kekosongan ditinggalkan pemain bernilai £105 juta (RM611.43 juta), Declan Rice yang berpindah ke Arsenal.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.