Budak hilang ketika berkelah di Pantai Teluk Senangin

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut, hari ini ketika beriadah bersama keluarga.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian jam 3.19 petang.

Katanya, ahli keluarga kanak-kanak itu membuat laporan polis selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, bomba melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan pantai pada jam 3.30 petang.

“Keluarga buat laporan polis bahawa mangsa hilang di tepi pantai. Berdasarkan maklumat pengunjung, mereka tak nampak ada kanak-kanak tenggelam atau lemas.

“Namun, kita ambil kira juga sebarang kemungkinan, sama ada dia (mangsa) berjalan ke tepi hutan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Sabarodzi, operasi pencarian dihentikan jam 6.30 petang tadi dan akan bersambung pada 8 pagi esok.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.