Nahas kereta api India: Siasatan tumpu sistem pengurusan trek elektronik

NEW DELHI: Pihak berkuasa menyiasat sistem pengurusan trek elektronik yang disyaki mereka tidak berfungsi dan menyebabkan nahas kereta api paling membawa maut di India dalam tempoh lebih dua dekad, kata pegawai kereta api hari ini.

Sekurang-kurangnya 275 orang terbunuh dalam nahas pada Jumaat itu apabila sebuah kereta api penumpang melanggar kereta api barang yang tidak bergerak, tersasar dari landasan dan melanggar sebuah lagi kereta api penumpang yang melalui arah bertentangan di negeri timur Odisha.

Dalam taklimat terperinci pertama mereka mengenai nahas itu, pegawai Indian Railways berkata, kegagalan sistem pengurusan landasan menjadi fokus utama dalam penyiasatan.

Pengarah Eksekutif Utama Indian Railways, Sandeep Mathur, berkata sistem pengurusan trek dikawal komputer yang dipanggil ‘sistem interlock’ yang mana ia mengarahkan kereta api ke landasan kosong pada titik di mana dua landasan bertemu.

Katanya, ia juga menyelaras dan mengawal isyarat kepada tren yang akan datang, menunjukkan sama ada tren itu perlu bergerak lurus atau beralih ke landasan baharu.

Ahli Lembaga Keretapi, Jaya Varma Sinha pula berkata sistem itu sepatutnya bebas gangguan dan bebas ralat.

“Ia dipanggil sistem bebas-gagal…walaupun ia gagal berfungsi, isyarat akan bertukar merah dan kereta api akan dihentikan.

“Bagaimanapun seperti disyaki, terdapat beberapa jenis masalah dalam sistem,” katanya.

Mengulas urutan kejadian yang membawa kepada nahas di stesen Bahanaga di daerah Balasore, Sinha berkata, Ekspres Coromandel menuju Chennai dari Kolkata bergerak keluar dari trek utama, memasuki trek gelung – trek sisi yang digunakan untuk meletakkan kereta api – dengan kelajuan 128 kph (80 mph) dan merempuh kereta api barang yang membawa bijih besi yang diletakkan di landasan gelung.

Pemandangan menunjukkan gerabak yang rosak di tapak di Balasore, negeri timur Odisha, India. - REUTERS
Pemandangan menunjukkan gerabak yang rosak di tapak di Balasore, negeri timur Odisha, India.

Nahas itu menyebabkan enjin dan empat atau lima koc pertama Coromandel Express melompat landasan, tumbang dan melanggar dua koc terakhir tren Yeshwantpur-Howrah menuju arah bertentangan di landasan utama kedua.

Sistem saling kunci tidak sepatutnya membenarkan Coromandel Express mengambil trek gelung, kata Sinha.

Katanya, beliau sudah bercakap dengan pemandu kereta api itu yang cedera dan diberitahu kereta api terbabit dalam had laju dan tidak melompat isyarat, yang mana semua ini akan disahkan oleh sistem yang merekodkan butiran trek dan kereta api.

Sinha bagaimanapun tidak menamakan pemandu itu.

Beliau mengakui terdapat banyak kemungkinan mengenai keadaan yang menimbulkan masalah.

Ini mungkin termasuk ada seseorang menggali di kawasan kabel sistem elektronik dan merosakkannya, atau mungkin litar pintas atau kegagalan mesin.

“99.9 peratus tidak ada kemungkinan mesin itu gagal, tetapi terdapat 0.1 peratus kemungkinan kegagalan,” katanya mengakui kemungkinan itu sentiasa ada dalam semua jenis sistem.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.