Mourinho tak minat simpan pingat naib juara

LONDON: Jose Mourinho membaling pingat naib juaranya ke arah penyokong dan melambai penuh emosi kepada penyokong Roma selepas gagal membawa pasukan itu menjuarai Liga Europa.

Mourinho yang memiliki rekod sempurna di pentas final pertandingan Eropah dikecewakan Sevilla 4-1 menerusi penalti penentuan untuk pasukan La Liga itu menjulang Liga Europa buat kali ketujuh dalam tempoh 17 tahun.

Enggan memakai pingat naib juaranya terlalu lama, dia membaling pingat itu ke arah penyokong Roma sebelum menuju ke terowong.

Mourinho menjelaskan dia tidak suka menyimpan pingat perak dan sentiasa memberikannya kepada orang lain.

Dia menjadi orang pertama mengambil pingat ketika majlis pemberian pingat namun akhirnya memberikannya kepada penyokong.

“Itulah yang saya lakukan. Saya tidak mahu pingat perak. Jadi sebab itulah saya memberikannya kepada orang lain.”

Ini kali pertama Mourinho tewas di pentas final Eropah selepas memenangi lima final bersama FC Porto, Inter Milan, Manchester United dan Roma.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.