Anwar arah proses baik pulih kuarters Penjara Sungai Buloh disegerakan, siap menjelang akhir tahun

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan proses membaik pulih kuarters Penjara Sungai Buloh disegerakan bagi memastikan ia siap menjelang akhir tahun ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diminta untuk menyegerakan proses baik pulih berkenaan.

Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi pemasangan alat penyaman udara di Dewan Tan Sri Murad Ahmad yang terletak dalam kawasan Penjara Sungai Buloh.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia, dekat sini, hari ini, sebelum meluangkan masa melawat Klinik Penjara Sungai Buloh.

Yang turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, sekali gus menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengurusan dan kakitangan Penjara Sungai Buloh yang memberikan layanan cukup baik ketika beliau berada dalam tahanan dulu.

Mengimbau kenangan sembilan tahun menjadi penghuni di situ, Perdana Menteri berkata, ia mengajar beliau erti ihsan, rahmah dan amanah.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.