United rampas kedudukan ketiga

LONDON: Manchester United merampas kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dari Newcastle United selepas menewaskan Everton 2-0 di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

Meskipun mendapat beberapa peluang terhidang sejak awal permainan, skuad kendalian Erik Ten Hag terpaksa menunggu minit ke-36 untuk berada di hadapan apabila Scott McTominay menyudahkan umpanan Jadon Sancho.

Anthony Martial kemudian mengukuhkan kedudukan buat Manchester United selepas bijak menyempurnakan hantaran Marcus Rashford pada minit ke-71, sekali gus mengesahkan kemenangan Red Devils.

Keputusan itu menyaksikan United kini mengumpul 56 mata, 16 mata di belakang pendahulu, Arsenal dan tiga mata di depan Newcastle yang jatuh ke tangga keempat.

Everton yang mengalami kekalahan ke-15 musim ini pula kekal di kedudukan ke-16 dengan mengumpul 27 mata selepas mengharungi 30 perlawanan.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.