NAZA bukan lagi pengedar Ferrari di Malaysia
KUALA LUMPUR: Kumpulan NAZA mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan perniagaan dengan Ferrari S.p.A (Ferrari).
Dalam satu kenyataan, Kumpulan NAZA berkata ia telah mengkaji semula perniagaan automotifnya termasuk mengenalpasti jenama yang bersesuaian bagi memantapkan perniagaan automotif NAZA.
“Sehubungan itu, kami telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan perniagaan dengan Ferrari, memandangkan ketidakserasian strategi NAZA berbanding kehendak perniagaan Ferrari,” katanya.
Kumpulan NAZA berkata, keputusan yang diambil itu tepat pada waktunya dan membuka ruang untuk NAZA memberi tumpuan kepada jenama lain di bawah perniagaan automotif.
“Langkah ini bakal membolehkan NAZA memperuntukkan sumber perniagaan kepada jenama lain yang telah dikenalpasti dalam strategi bisnes automotif NAZA.
“NAZA akan terus memberi sokongan kepada Ferrari untuk memudahkan segala proses peralihan menjelang April 2023.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Ferrari atas hubungan perniagaan yang sekian lama terjalin. Semoga jenama Ferrari terus mencapai kejayaan,” katanya.
Sponsored by Egroup88